Dari meja krew MYCF10…
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda semua yang bertandang ke mycf10. Selamat datang diucapkan. Moga tetikus anda akan sentiasa rajin untukĀ melilau ke laman ini. mycf10 merupakan blog rasmi bagi Malaysian Muslim Circle (MMC).
Mengapa harus mycf10?
Tentu ramai yang tertanya-tanya apakah geranganya mycf10 itu? Adakah bersempena dengan nama restoran CF10 di Student Union Universiti? Mungkin juga ada kena mengena. Sebenarnya tidak ada makna spesifik untuk MYCF10. cuma MY adalah singkatan bagi Malaysia, dan CF sememangnya Cardiff. Apa pula 10? Tiada tujuan yang spesifik melainkan untuk tujuan komersil. Nama mycf10 diilhamkan oleh seorang sahabat yang menuntut di Cardiff (nama dirahsiakan). Menurutnya angka 10 itu memang tidak dapat dielakkan dari menerima tempias nama restoran yang disebutkan tadi. Terpulanglah kepada anda untuk menafsirkannya. Semestinya blog ini untuk tatapan semua dan bukan hanya untuk 10 orang.
Apakah fungsi blog ini?
Tidak lain tidak bukan blog ini adalah cerminan minda, ukhwah, refleksi dan segala manfaat yang meliar di Cardiff. Tentunya blog ini akan menjadi saluran dakwah dan peringatan bukan hanya pada orang-orang di Cardiff, bahkan di serata dunia. Tazkirah, pengumuman tentang aktiviti, bingkisan dan pengajaran yang didapati dari kuliah akan disiarkan insya-Allah. Tiada lagi alasan untuk tidak berkesempatan mendengar ilmu.
Pesanan
Jika anda ada sebarang karya, pengumuman, artikel atau apa-apa sahaja yang bermanfaat, jangan teragak-agak untuk menghubungi krew mycf10. Sumbangan anda amat-amat diperlukan.
Moga usaha yang secebis ini dipandang Tuhan dengan lembaran dan bidang rahmat-Nya. Amin.
Dari Malaysia ke Cardiff. Jangan ditinggal barang jasa. Usah dikerja biar secarik noda.
