Doa Senjata Orang Mukmin
Tarikh: 3 April 2009
Tempat: 70, Salisbury Road
Moderator: Izwan
S/U: Aziz
Hadis: Fayadh
Assalamualaikum wbt.
Pada kali ini, circle brothers turut dihadiri oleh tiga orang sahabat dari Leeds,yang kebetulan berada di Cardiff pada masa tersebut. Circle dimulakan oleh Izwan dengan membawa tajuk ‘Doa Senjata Orang Mukmin’. Surah yang menjadi pilihannya adalah surah Al-Naml, ayat 60-84.
Berdasarkan ayat 62 surah Al-Naml, maksudnya
‘Bukankah Dia(Allah) yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila dia berdoa kepada-Nya, dan menghilangkan kesusahan dan menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah (pemimpin) di bumi? Apakah di samping Allah ada tuhan (yang lain)? Sedikit sekali (nikmat Allah) yang kamu ingat.’
Mengapakah kita perlu berdoa??
Sudah menjadi lumrah kehidupan, pekerja selalu patuh dengan arahan yang dikeluarkan oleh majikannya. Dan juga, kalau pekerja itu berada dalam kesusahan, siapa lagi yang akan diminta kalau bukan dengan majikannya. Ini baru perumpamaan pekerja dengan majikan, belum lagi orang gaji dengan tuannya. Apatah lagi hidup kita ini sebagai hamba kepada pencipta, Allah SWT. Kepada siapa yang harus kita meminta kalau bukan dengan Allah. Sejarah turut mengajar kita, bagaimana para Anbia dahulu tidak berputus asa, berdoa kepada Allah. Nabi Musa, walaupun dikejar sampai ke hujung laut mati, tetap berdoa kepada Allah. Nabi Ibrahim, dibakar di tengah-tengah api yang marak, tetap berdoa kepada Allah. Nabi Ayub, walaupun ditimpa penyakit, tetap tidak berputus asa dan berdoa kepada Allah. Tetapi kita, manusia pada masa sekarang memandang doa sebagai perkara yang kedua. Padahal Allah telah berfirman sebagaimana ayat di atas, Dia akan memperkenan doa hamba-hambanya. Sedangkan yang memberi kesusahan adalah Allah, yang memberi rezeki adalah Allah, yang memberi pertolongan juga Allah, yang mengetahui segala sesuatu adalah Allah, yang mengerti segala masalah adalah Allah dan segala benda yang berada di bumi ini adalah milik Allah ciptaanNya, jadi kepada siapa lagi yang perlu kita minta selain Allah SWT.
Akan tetapi, terasa pelik juga bila kita berdoa, kita tak dapat pertolongan. Perkara inilah yang menyebabkan hati mukmin menjadi buta. Apabila permohanan yang dibuat tidak diterima, menjadikan mereka lupa kepada Allah. Lupa pada pencipta mereka. Namum begitu, banyak doa dikalangan kita tidak termakbul. Ada satu riwayat yang masyur menjawab persoalan ini dengan mengatakan sesungguhnya ada kita ini hatinya sudah mati kerana disebabkan oleh 10 perkara yang berikut:
Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak menunaikan hak-haknya.
Kamu mengaku mencintai Rasulullah SAW, tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
Kamu telah membaca Al-Qur’an tetapi kamu tidak beramal menurut Al-Qur’an.
Kamu makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak bersyukur atasnya.
Kamu berkata, bahwa Syetan itu musuh, tetapi kamu tidak menentangnya.
Kamu berkata, bahwa Surga itu benar adanya, tetapi kamu tidak beramal untuknya.
Kamu berkata, bahwa Neraka itu benar adanya, tetapi kamu tidak lari daripadanya.
Kamu berkata bahwa mati itu benar adanya, tetapi kamu tidak bersedia baginya.
Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan aib orang, tetapi lupa aib kamu sendiri.
Kamu kubur mayat-mayat, tetapi tidak kamu jadikan pelajaran darinya.
Hadis keempat dari buku Hadis 40
Fayadh
‘Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas’uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai): Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.’
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya dalam (بدء الخلق (باب ذآر الملئكة) ) nombor 3036, dan dalam ( القدر ) dan dalam ( الأنبياء ) . Al-Imam Muslim meriwayatkannya di awal kitab ( القدر ) bab ( باب آيفية خلق الآدمي ) nombor 2643.).
Intipati Hadis
1. Kejadian manusia adalah beransur-ansur. Terdapat tiga fasa dalam proses kejadian manusia. Sesungguhnya asal manusia ini adalah dari setitik air mani yang hina.
a. Fasa pertama: 40 hari pertama – perjalanan air mani di dalam rahim seorang perempuan. Kemudian brulah terbentuk segumpal darah
b. Fasa kedua : 40 hari berikut – segumpal darah tadi membesar dan membentuk rupa manusia
c. Fasa ketiga : 40 hari kemudian – sebelum ditiupkan roh (dalam masa 40 hari) dilengkapkan panca inderanya.
2. Allah telah meniupkan 4 kalimat semasa dalam kandungan ibu.
a. Rezeki
b. Amalan
c. Ajal
d. Kesudahannya – adakah baik ataupun buruk
3. Jarak antara kita dgn syurga dan neraka adalah sehasta sahaja, bergantung kpd amalan baik atau buruk.
wallahu a’lam