mycf10

05 Apr, 2009

Muslimin Circle 27 Mac 2009

Posted by: admin In: Usrah

Tarikh: 27 Mac 2009
Lokasi: 16 Coburn Street
Moderator: Abdul Aziz
S/u: Abdul Rahim
Naqib: Aufa
Hadis: -

Surah Bani Israil

Kandungan:

1. Jangan derhaka kepada ibu bapa

2. Siapa yang inginkan dunia akan dipercepatkan dunia baginya. (Renungilah sejauh mana kita berusaha untuk akhirat dan sejauh mana pula untuk dunia.

3. Sifat manusia yang hendakkan dunia. (tidak salah hendakkan dunia asalkan tidak terlalu berlebihan. Amalkan doa baik di dunia dan di akhirat serta dijauhkan dari azab api neraka.

Kupasan Buku Bahtera Penyelamat.

Rintangan-rintangan dalam berdakwah

1. Orang mukmin dengki kepadanya.

2. Munafik yang benci kepadanya

3. Orang kafir.

3 sebab manusia turun ke bumi

a. Khalifah

b. Berdakwah

c. Menjadi hamba

Hukum berdakwah adalah wajib kepada semua orang Islam.

Sambungan dari rintangan dalam berdakwah (orang kafir)

Mengambil pengajaran dari kisah Rasulullah sewaktu berdakwah di Taif. Baginda dibelasah orang kafir dengan teruk. Anak muda membaling batu kearahnya. Sehinggakan malaikat telah turun kepada nabi bertanya sama ada hendak dihancurkan kaum di Taif ini ataupun tidak. Namun nabi menganggap mereka dari golongan yang tidak mengetahui maka biarkan lah mereka. Betapa besarnya kasih saying Nabi kepada umatnya.

Sahabat juga bersama-sama merasa pahit manis dalam berjuang bersama nabi.Dalam perang Uhud contohnya, demi melindungi nabi, ramai sahabat yang terkorban dalam bersama-sama melindungi nabi supaya agama Islam akan dapat disebarkan.

Dakwah kepada bukan Islam

Sebelum mengakui keislaman kita, pastikan rukun Islam dan rukun Iman kita telah dituruti. Dengan asas inilah barulah seorang mukmin boleh berdakwah.Selain itu dakwah bukanlah secara individu. Nabi sendiri berdakwah bersama-sama sahabat. Dakwah adalah sangat berat walaupun dilaksanakan secara berkumpulan. Lihatlah betapa pengorbanan perlu dilakukan sebelum Islam sampai kepada kita. Selain itu, kita perlu menguasai asas fardhu ain sebelum memulakan pendakwahan. Ini amat penting dalam memastikan samada kita mampu untuk berdakwah.

No Responses to "Muslimin Circle 27 Mac 2009"

Comment Form

Categories

Shoutbox

Previous Next
Latest on Tue, 03:26 pm

admin mssGlam: Salam Ziarah Dari Glam..Nice pages..

editor: blum jadi rumah tinggal lagik abg aufa. hoho

azad: sape admin website ni? nk update nih (bg mereka yg nk tembak saya dgn soalan ttg blog saya sndri, sila put on hold :D)

aufa: xde pape update ka?mcm rumah tinggal ja..hehe..

mahfuzah: iye baiklah. sedang meng'email' link entry ini kepada mereka.

editor: cardiff senior. sila promote dan hantar check list ni pada juniors ya! mari bantu sedaya mungkin

Peter: Hmm... I read blogs on a similar topic, but i never visited your blog. I added it to favorites and i'll be your constant reader.

» Click to shout