mycf10

05 May, 2009

Muslimin Circle 13 March 2009

Posted by: admin In: Usrah

Tarikh: 13/03/09
Lokasi: 74 Salisbury Road
Pengerusi: Hafiz
S/U: Fayadh
Penyampai hadis: N/A
Naqib: Haneef

Circle bermula dengan bacaan Al-Quran secara tadarus. Surah pilihan adalah Surah al-Baqarah, ayat 106 hingga 125 dan terjemahannya juga dibaca sambil dihayati bersama-sama.

Banyak pengajaran yang boleh diambil daripada ayat-ayat tersebut. Antaranya ialah perintah Allah kepada hamba-Nya melaksanakan solat dan zakat:

“Dan laksanakanlah salat dan tunaikanlah zakat. Dan segala kebaikan yang kamu kerjakan untuk dirimu, kamu akan mendapatkannya (pahala) di sisi Allah. Sungguh, Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan”

(Ayat 110)

Ayat-ayat ini juga menceritakan bagaimana orang Yahudi dan Nasrani menolak Islam. Walaupun kebenaran telah disampaikan kepada mereka, mereka masih menolaknya akibat perasaan bangga diri. Allah berfirman:

“Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata, “Tidak akan masuk syurga kecuali orang Yahudi atau Nasrani.” Itu (hanya) angan-angan mereka. Katakanlah, “Tunjukkan bukti kebenaranmu jika kamu orang yang benar.””

(Ayat 111)

“Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan rela kepadamu (Muhammad) sebelum engkau mengikuti agama mereka. Katakanlah, “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya).” Dan jika engkau mengikuti keinginan mereka setelah ilmu (kebenaran) sampai kepadamu, tidak aka nada bagimu pelindung dan penolong dari Allah.

(Ayat 120)

Masih banyak lagi pengajaran yang boleh diambil dalam ayat 106 hingga 125 yang tidak dibincangkan secara terperinci. Terdapat beberapa ayat (Ayat 106-107, 115-117) yang menceritakan kekuasaan Allah sebagai pemilik segala yang berada di langit dan bumi. Perinciannya masih boleh dirujuk semula oleh kalian semua.

Circle disambung dengan kupasan buku Bahtera Penyelamat Dalam Kehidupan Pendakwah oleh saudara Haneef. Buku ini penting kepada kita semua kerana kita tahu bahawa setiap yang beragama Islam itu bertanggugjawab menjalankan dakwah. Berikut adalah ringkasan Bahagian 1:

Rintangan perjuangan dalam kehidupan pendakwah:
1.    Orang mukmin yang dengki kepadanya
a.    Hasad dengki merupakan penyakit hati yang sangat dibenci oleh Allah dan boleh mengikis iman seseorang.
b.    Kenapa ‘mukmin’? Ini kerana bukan sekadar orang kafir boleh menjadi rintangan, malah orang mukmin sendiri mampu menjadi penghalang kepada usaha pendakwah.
c.    Berikut adalah faktor-faktor yang menyebabkan lahirnya perasaan hasad dengki sepertimana yang digariskan dalam kitab Ihya Ulumuddin, hasil karangan ulama dan sufi besar Imam al-Ghazali:
i.    Perasaan permusuhan dan kebencian
ii.    Berasa diri mulia
iii.    Takbur
iv.    Ujub
v.    Takut terlepas sesuatu pujaan dan habuan
vi.    Ghairah menjadi ketua dan mencari publisiti
vii.    Busuk hati
d.    Antara cara bagaimana hendak menghadapi pendengki adalah sabar menunaikan solat dan yakin dengan pertolongan Allah.

2.    Orang munafik
a.    Orang-orang munafik mempersaksikan bahawa Muhammad benar-benar rasul Allah. Allah pula mempersaksikan bahawa mereka benar-benar pendusta. Kesaksian mereka, atau sumpah, selanjutnya diguna sebagai selimut untuk menghalangi orang lain daripada jalan Allah, iaitu jalan yang ditunjuk di dalam al-Qur’an, yang disampaikan oleh baginda Rasulullah.
b.    Rasulullah s.a.w. pernah bersabda mengenai ciri-ciri orang munafik. Berikut adalah ciri-ciri tersebut:
i.    Bila berbicara, selalu berbohong
ii.    Bila berjanji, selalu mungkiri
iii.    Bila diberi amanah, selalu mengkhianati
c.    Allah juga berfirman tentang golongan munafik ini dalam beberapa surah dan Surah al-Munafiqun merupakan surah yang dinamakan khas bagi golongan ini. Sebagai contoh dalam surah ini firman Allah berbunyi:

“Apabila orang-orang munafik datang kepada kamu (Muhammad), mereka berkata, ‘Kami mempersaksikan bahawa kamu benar-benar rasul Allah.’ ….. dan Allah mempersaksikan bahawa orang-orang munafik adalah benar-benar pendusta-pendusta”

(Ayat 1)

d.    Pengajaran boleh diambil daripada kisah bagaimana Rasulullah berhadapan dengan ketua orang munafik iaitu Abdullah bin Ubai yang menimbulkan pelbagai fitnah dan antaranya ialah fitnah terhadap isteri Baginda Rasulullah s.a.w., Aisyah r.a.. Ayat 26, Surah an-Nur diturunkan bagi menunjukkan kesucian Aisyah.

Circle diakhiri dengan ajuan soalan dan seterusnya perlantikan jawatan tugas-tugas bagi circle yang seterusnya.
Mohon maaf dipinta atas kekurangan dalam laporan circle pada minggu ini.

Wallahu’alam.

No Responses to "Muslimin Circle 13 March 2009"

Comment Form

Categories

Shoutbox

Previous Next
Latest on Tue, 03:26 pm

admin mssGlam: Salam Ziarah Dari Glam..Nice pages..

editor: blum jadi rumah tinggal lagik abg aufa. hoho

azad: sape admin website ni? nk update nih (bg mereka yg nk tembak saya dgn soalan ttg blog saya sndri, sila put on hold :D)

aufa: xde pape update ka?mcm rumah tinggal ja..hehe..

mahfuzah: iye baiklah. sedang meng'email' link entry ini kepada mereka.

editor: cardiff senior. sila promote dan hantar check list ni pada juniors ya! mari bantu sedaya mungkin

Peter: Hmm... I read blogs on a similar topic, but i never visited your blog. I added it to favorites and i'll be your constant reader.

» Click to shout