mycf10

08 Jun, 2009

Membina iklim sangka baik

Posted by: editor In: Tazkirah

Serendah-rendah martabat ukhwah adalah bersangka baik sementara setinggi-tinggi darjat ukhwah adalah melebihkan kepentingan sahabat berbanding diri sendiri, atau ithar. Selalu kita jaja kepada kawan-kawan dan orang lain supaya jangan bersangka buruk, malahan perlu sentiasa husnuz zon.

“Eh, hang ni cubalah sangka baik sikit, dosa tuh bersangka buruk”, “Orang sekarang ni tak habis-habis prejudis, buat ini salah, buat itu salah”. Mungkin kata-kata ini selalu kita dengar dari bicara orang kebanyakan.

Secantik namanya Islam, agama yang hanya diterima Allah ini mengajar kita supaya bertindak secara ’saling’. Kalau lelaki lebih diingatkan agar mengawal pandangan, Allah juga berpesan kepada wanita agar menutup aurat. Andai Allah menyuruh si suami berlaku adil kepada isterinya, isteri pula diseru agar taat kepada suami, dan banyak lagi contoh ‘kerjasama’ dan simbiosis dalam kehidupan beragama.

Sering kita menyuruh orang agar tidak bersangka buruk, tapi kita lupa kadangkala untuk menghindarkan diri kita dari keadaan yang mengundang kepada sangka buruk manusia.

Sekadar gambar hiasan

Sekadar gambar hiasan

Diceritakan dari sebuah hadis sahih ringkasannya begini (sumber Ustaz Zaharudin):

Suatu malam, Rasulullah s.a.w sedang beriktikaf di masjid bilamana Safiyyah, isteri baginda bertandang ke masjid bagi membincangkan sesuatu bersama Rasulullah. Malam itu bukan giliran Safiyyah, sebaliknya giliran isteri baginda yang lain, lantas Nabi dengan sifat adilnya meminta Safiyyah menangguhkan perbincangan pada ketika gilirannya. Disebabkan malam sudah pekat, maka Nabi mengiring perjalanan Safiyyah pulang ke rumah. Dalam perjalanan mereka dalam malam yang pekat itu, dua orang Ansar ternampak Rasulullah bersama seorang perempuan (Safiyyah) yang tidak mereka kenali. Lantas dua sahabat ini mempercepat langkah mereka memesong ke arah lain. Nabi ternampak akan hal itu lalu memanggil kedua-dua mereka. Nabi kemudiannya menerangkan bahawa wanita itu adalah Safiyyah, isterinya. Dua sahabat tadi menjelaskan bahawa mereka sememangnya tidak bersangka buruk terhadap Rasul kekasih Allah itu. Lantas Nabi menjawab (lebih kurang); “Aku tahu kamu tidak bersangka buruk terhadapku, tetapi aku risau bahawa syaitan akan melontarkan prasangka buruk dalam hati kamu”.

Iktibar dari hadis ini adalah jangan kita menyalahkan orang lain yang bersangka buruk terhadap kita, seandainya kita sendiri yang meletakkan diri dalam undangan sangka buruk manusia. Nabi mengajar kita  untuk menjauhi lubang-lubang fitnah sedaya boleh. Peringatan buat diri sendiri dan kalian. Wallahualam.

31 May, 2009

Selamat musim panas!

Posted by: editor In: Tazkirah

Summer menjelang lagi. Bukan masalah kepanasan. Orang Asia yang memang telah merasai panas sejak lahir memang tak janggal dengan kepanasan. Namun mata ini yang panas, sangat mencabar untuk dipelihara. Keluar saja rumah, aduh.

Panas sangat gamaknya sampai yang lelaki tak berbaju, yang perempuan sejarang, senipis dan sekurang mungkin. Bukan salah mereka. Agama mereka tidak mencegah itu. Tapi cabarannya balik pada kita.

Di bawah ada doa yang diajar Ustaz Anuar tatkala melihat mihnah di depan mata, moga kita boleh amal dan diberi kekuatan untuk menjaga seluruh pancaindera kita. Ameen.

اللهم اني أعوذبك من فتنة النساء و عذاب النار

(Allahumma inni a’uzubika min fitnatin nisaa’ wa ‘azabinnaar)

Ya Allah ya Tuhanku, aku berlindung dari fitnah perempuan dan azab api neraka

kredit

Selamat pulang bagi mereka yang pulang, selamat pulang jua kepada yang pulang terus ke tanah air. Selamat berjuang bagi yang tidak pulang. Yang tak pulang-pulang, tanah air telah memanggil.

25 May, 2009

Beralihlah!

Posted by: editor In: Iklan

Beralihlah pada perbankan Islam! Anda punya pilihan. Mengapa tidak memilih?

Akaun Islamik di UK yang mustahil dan praktikal untuk pelajar Malaysia ialah Lloyds TSB.

Singgah di mana-mana Lloyds TSB (anda mungkin terpaksa membuat temujanji sekiranya bank penuh) bawa bersama:

1) Passport

2) Penyata Bank sekarang (contoh Natwest, HSBC) sekurang-kurangnya bertarikh 3 minggu yang lalu

Katakan anda mahu memindahkan akaun bank anda yang kini kepada  Akaun Lloyds Islamic Banking (bukan akaun pelajar). Jangan risau dengan direct debit anda. Pihak bank akan uruskan pemindahan direct debit ke akaun baru anda. Insya-Allah.

Selesai.

Anda telah menyelamatkan diri anda dari riba.

يَمْحَقُ اللَّهُ الرِّبَا وَيُرْبِي الصَّدَقَاتِ ۗ وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ كُلَّ كَفَّارٍ أَثِيمٍ


‘Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa.’ (Al-Baqarah:276)

05 May, 2009

Muslimin Circle 3 April 2009

Posted by: admin In: Usrah

Doa Senjata Orang Mukmin
Tarikh: 3 April 2009
Tempat: 70, Salisbury Road
Moderator: Izwan
S/U: Aziz
Hadis: Fayadh

Assalamualaikum wbt.

Pada kali ini, circle brothers turut dihadiri oleh tiga orang sahabat dari Leeds,yang kebetulan berada di Cardiff pada masa tersebut. Circle dimulakan oleh Izwan dengan membawa tajuk ‘Doa Senjata Orang Mukmin’. Surah yang menjadi pilihannya adalah surah Al-Naml, ayat 60-84.

Berdasarkan ayat 62 surah Al-Naml, maksudnya
‘Bukankah Dia(Allah) yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila dia berdoa kepada-Nya, dan menghilangkan kesusahan dan menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah (pemimpin) di bumi? Apakah di samping Allah ada tuhan (yang lain)? Sedikit sekali (nikmat Allah) yang kamu ingat.’

Mengapakah kita perlu berdoa??
Sudah menjadi lumrah kehidupan, pekerja selalu patuh dengan arahan yang dikeluarkan oleh majikannya. Dan juga, kalau pekerja itu berada dalam kesusahan, siapa lagi yang akan diminta kalau bukan dengan majikannya. Ini baru perumpamaan pekerja dengan majikan, belum lagi orang gaji dengan tuannya. Apatah lagi hidup kita ini sebagai hamba kepada pencipta, Allah SWT. Kepada siapa yang harus kita meminta kalau bukan dengan Allah. Sejarah turut mengajar kita, bagaimana para Anbia dahulu tidak berputus asa, berdoa kepada Allah. Nabi Musa, walaupun dikejar sampai ke hujung laut mati, tetap berdoa kepada Allah. Nabi Ibrahim, dibakar di tengah-tengah api yang marak, tetap berdoa kepada Allah. Nabi Ayub, walaupun ditimpa penyakit, tetap tidak berputus asa dan berdoa kepada Allah. Tetapi kita, manusia pada masa sekarang memandang doa sebagai perkara yang kedua. Padahal Allah telah berfirman sebagaimana ayat di atas, Dia akan memperkenan doa hamba-hambanya. Sedangkan yang memberi kesusahan adalah Allah, yang memberi rezeki adalah Allah, yang memberi pertolongan juga Allah, yang mengetahui segala sesuatu adalah Allah, yang mengerti segala masalah adalah Allah dan segala benda yang berada di bumi ini adalah milik Allah ciptaanNya, jadi kepada siapa lagi yang perlu kita minta selain Allah SWT.

Akan tetapi, terasa pelik juga bila kita berdoa, kita tak dapat pertolongan. Perkara inilah yang menyebabkan hati mukmin menjadi buta. Apabila permohanan yang dibuat tidak diterima, menjadikan mereka lupa kepada Allah. Lupa pada pencipta mereka. Namum begitu, banyak doa dikalangan kita tidak termakbul. Ada satu riwayat yang masyur menjawab persoalan ini dengan mengatakan sesungguhnya ada kita ini hatinya sudah mati kerana disebabkan oleh 10 perkara yang berikut:
 Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak menunaikan hak-haknya.
 Kamu mengaku mencintai Rasulullah SAW, tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
 Kamu telah membaca Al-Qur’an tetapi kamu tidak beramal menurut Al-Qur’an.
 Kamu makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak bersyukur atasnya.
 Kamu berkata, bahwa Syetan itu musuh, tetapi kamu tidak menentangnya.
 Kamu berkata, bahwa Surga itu benar adanya, tetapi kamu tidak beramal untuknya.
 Kamu berkata, bahwa Neraka itu benar adanya, tetapi kamu tidak lari daripadanya.
 Kamu berkata bahwa mati itu benar adanya, tetapi kamu tidak bersedia baginya.
 Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan aib orang, tetapi lupa aib kamu sendiri.
 Kamu kubur mayat-mayat, tetapi tidak kamu jadikan pelajaran darinya.

Hadis keempat dari buku Hadis 40
Fayadh

‘Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas’uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai): Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.’
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya dalam (بدء الخلق (باب ذآر الملئكة) ) nombor 3036, dan dalam ( القدر ) dan dalam ( الأنبياء ) . Al-Imam Muslim meriwayatkannya di awal kitab ( القدر ) bab ( باب آيفية خلق الآدمي ) nombor 2643.).

Intipati Hadis
1.    Kejadian manusia adalah beransur-ansur. Terdapat tiga fasa dalam proses kejadian manusia. Sesungguhnya asal manusia ini adalah dari setitik air mani yang hina.
a.    Fasa pertama:    40 hari pertama – perjalanan air mani di dalam rahim seorang perempuan. Kemudian brulah terbentuk segumpal darah
b.    Fasa kedua :    40 hari berikut – segumpal darah tadi membesar dan membentuk rupa manusia
c.    Fasa ketiga :    40 hari kemudian – sebelum ditiupkan roh (dalam masa 40 hari) dilengkapkan panca inderanya.

2.    Allah telah meniupkan 4 kalimat semasa dalam kandungan ibu.
a.    Rezeki
b.    Amalan
c.    Ajal
d.    Kesudahannya – adakah baik ataupun buruk

3.    Jarak antara kita dgn syurga dan neraka adalah sehasta sahaja, bergantung kpd amalan baik atau buruk.

wallahu a’lam

05 May, 2009

Muslimin Circle 13 March 2009

Posted by: admin In: Usrah

Tarikh: 13/03/09
Lokasi: 74 Salisbury Road
Pengerusi: Hafiz
S/U: Fayadh
Penyampai hadis: N/A
Naqib: Haneef

Circle bermula dengan bacaan Al-Quran secara tadarus. Surah pilihan adalah Surah al-Baqarah, ayat 106 hingga 125 dan terjemahannya juga dibaca sambil dihayati bersama-sama.

Banyak pengajaran yang boleh diambil daripada ayat-ayat tersebut. Antaranya ialah perintah Allah kepada hamba-Nya melaksanakan solat dan zakat:

“Dan laksanakanlah salat dan tunaikanlah zakat. Dan segala kebaikan yang kamu kerjakan untuk dirimu, kamu akan mendapatkannya (pahala) di sisi Allah. Sungguh, Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan”

(Ayat 110)

Ayat-ayat ini juga menceritakan bagaimana orang Yahudi dan Nasrani menolak Islam. Walaupun kebenaran telah disampaikan kepada mereka, mereka masih menolaknya akibat perasaan bangga diri. Allah berfirman:

“Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata, “Tidak akan masuk syurga kecuali orang Yahudi atau Nasrani.” Itu (hanya) angan-angan mereka. Katakanlah, “Tunjukkan bukti kebenaranmu jika kamu orang yang benar.””

(Ayat 111)

“Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan rela kepadamu (Muhammad) sebelum engkau mengikuti agama mereka. Katakanlah, “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya).” Dan jika engkau mengikuti keinginan mereka setelah ilmu (kebenaran) sampai kepadamu, tidak aka nada bagimu pelindung dan penolong dari Allah.

(Ayat 120)

Masih banyak lagi pengajaran yang boleh diambil dalam ayat 106 hingga 125 yang tidak dibincangkan secara terperinci. Terdapat beberapa ayat (Ayat 106-107, 115-117) yang menceritakan kekuasaan Allah sebagai pemilik segala yang berada di langit dan bumi. Perinciannya masih boleh dirujuk semula oleh kalian semua.

Circle disambung dengan kupasan buku Bahtera Penyelamat Dalam Kehidupan Pendakwah oleh saudara Haneef. Buku ini penting kepada kita semua kerana kita tahu bahawa setiap yang beragama Islam itu bertanggugjawab menjalankan dakwah. Berikut adalah ringkasan Bahagian 1:

Rintangan perjuangan dalam kehidupan pendakwah:
1.    Orang mukmin yang dengki kepadanya
a.    Hasad dengki merupakan penyakit hati yang sangat dibenci oleh Allah dan boleh mengikis iman seseorang.
b.    Kenapa ‘mukmin’? Ini kerana bukan sekadar orang kafir boleh menjadi rintangan, malah orang mukmin sendiri mampu menjadi penghalang kepada usaha pendakwah.
c.    Berikut adalah faktor-faktor yang menyebabkan lahirnya perasaan hasad dengki sepertimana yang digariskan dalam kitab Ihya Ulumuddin, hasil karangan ulama dan sufi besar Imam al-Ghazali:
i.    Perasaan permusuhan dan kebencian
ii.    Berasa diri mulia
iii.    Takbur
iv.    Ujub
v.    Takut terlepas sesuatu pujaan dan habuan
vi.    Ghairah menjadi ketua dan mencari publisiti
vii.    Busuk hati
d.    Antara cara bagaimana hendak menghadapi pendengki adalah sabar menunaikan solat dan yakin dengan pertolongan Allah.

2.    Orang munafik
a.    Orang-orang munafik mempersaksikan bahawa Muhammad benar-benar rasul Allah. Allah pula mempersaksikan bahawa mereka benar-benar pendusta. Kesaksian mereka, atau sumpah, selanjutnya diguna sebagai selimut untuk menghalangi orang lain daripada jalan Allah, iaitu jalan yang ditunjuk di dalam al-Qur’an, yang disampaikan oleh baginda Rasulullah.
b.    Rasulullah s.a.w. pernah bersabda mengenai ciri-ciri orang munafik. Berikut adalah ciri-ciri tersebut:
i.    Bila berbicara, selalu berbohong
ii.    Bila berjanji, selalu mungkiri
iii.    Bila diberi amanah, selalu mengkhianati
c.    Allah juga berfirman tentang golongan munafik ini dalam beberapa surah dan Surah al-Munafiqun merupakan surah yang dinamakan khas bagi golongan ini. Sebagai contoh dalam surah ini firman Allah berbunyi:

“Apabila orang-orang munafik datang kepada kamu (Muhammad), mereka berkata, ‘Kami mempersaksikan bahawa kamu benar-benar rasul Allah.’ ….. dan Allah mempersaksikan bahawa orang-orang munafik adalah benar-benar pendusta-pendusta”

(Ayat 1)

d.    Pengajaran boleh diambil daripada kisah bagaimana Rasulullah berhadapan dengan ketua orang munafik iaitu Abdullah bin Ubai yang menimbulkan pelbagai fitnah dan antaranya ialah fitnah terhadap isteri Baginda Rasulullah s.a.w., Aisyah r.a.. Ayat 26, Surah an-Nur diturunkan bagi menunjukkan kesucian Aisyah.

Circle diakhiri dengan ajuan soalan dan seterusnya perlantikan jawatan tugas-tugas bagi circle yang seterusnya.
Mohon maaf dipinta atas kekurangan dalam laporan circle pada minggu ini.

Wallahu’alam.

Categories

Shoutbox

Previous Next
Latest on Mon, 03:36 am

admin: InsyaAllah tiada lagi spam ni :P

aufa: thanx kayard..glad u like it..please share the benefits with ur fellow spammates..

kayardyappeag: Hi, Congratulations to the site owner for this marvelous work you've done. It has lots of useful and interesting data.

editor: new entry in conjunction with the bank holiday. hohoh

Mike: Hi, nice posts there :-) thank's for the interesting information

Senior OT: Jom ke Majlis Munajat Perdana Cardiff esok..~

icam: wah wah.. dr maza datang cardiff.. best..

» Click to shout